Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

28 May 2010

Munajat hamba


Alhamdulillah segala puji ke hadrat Allah s.w.t, yg masih memberi kesempatan kpd diriku utk terus hidup di ats muka bumi ini dalam keadaan yg sentiasa di limpahkan dgn kenikmatan yg tidak terhitung bnyknye..buat junjungan Rasulullah s.a.w yg telah bersusah payah berjuang menegakkan islam di muka bumi ini,tanpanya xmungkin diriku berada dlm keadaan islam sprti skrg..alhamdulillah...gembira dalam duka,bahagia dalam penderitaan dan senyuman dalam tangisan...betapa susahnye nak di tafsirkan perasaan yg melanda hati...

Terasa belum begitu kuat untk menghadapi hdup yg penuh ujian dan cabaran ini...Ya Allah,kuatkan hati ini... bukan merungut dengan ujian yg menimpa tetapi cuma mengadu padaMU..apakah hanya kerana ujian sekecil ini,iman dan keyakinanku padaMU mula goyah...ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah...sesungguhnya Engkaulah kekuatanku...tiupkanlah roh kekuatan ke dalam diriku agar dpatku berdiri semula untuk meneruskan langkah kakiku ini...bantulah hambamu ini..hanya Engkaulah tempat aku bergantung dan tempatku berharap..
amin ya rabbal 'alamin..



26 May 2010

Tasawuf Buat Pendakwah

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. Tuhan yang mencipta dan mentadbir 'alam jagat raya. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluq ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan sifat yang sempurna yang layak bagi diri-Nya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kekasih ALlaah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sekalian para mujaahideen penegak kalimah tauhid di bumi ALlaah hingga hari qiamat.

Hari ini dan semalam ibarat mengalir satu jalur cahaya yang hebat ke lubuk hati. Kalaulah kita meneliti alam Tuhan ini dengan jiwa yang bersih pasti akan bergetar segala punca nikmat dengan zikrullah.. Tiadalah apa jua walau satu pun yang terpinggir melainkan basah dengan zikrullah…Lantas, atas alasan apakah kita masih kabur terhadap lazat berbicara denganNya? Andai hati cemerlang dengan cahaya, pasti akan membenarkan jalan menemui kebenaran itu sangat luas, cuma kita yang menyempitkannya dengan kaburnya mengenal tawadhu’ dan zuhud. Kita mahkluk yang terpilih memikul beban yang berat, yang tiada satu mahkluk pun menyanggupinya, sesungguhnya pada Allah jualah juga kita memohon kudrat dan moga-moga biar basah hati, aqal dan ruh dengan mengingati Allah.Al-Habib Al-Hadad pernah berkata:"Hendaklah bicara orang 'alim yang mengenali Allah berlaku padanya tiga perkara:1) Mengingatkan nikmat-nikmat (daripada Allah)2) Melazimkan diri dalam ketaatan3) Menjauhkan diri dari kemaksiatan"Setiap 'alim yang terus berbicara dengan orang-orang awam dengan selain daripada tiga pekara ini, maka ia sebenarnya TUKANG FITNAH YANG BESAR"
(Dipetik daripada kitab Hikam, Terjemahan Syed Ahmad Semail)
Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi pernah berkata
" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RadhiyaAllah Anhuma telah berkata :
" HasbunAllah wa ni’mal al-wakil telah di sebut oleh Ibrahim a.s ketika dilemparkan ke dalam api, telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka katakan padanya : " Sesungguhnya manusia telah berhimpun dan menakutkan mereka maka bertambahlah iman mereka dan berkata " حسبنا الله ونعم الوكيل" -
Hadith Sohih Bukhari.
(Dari Kitab "Makharij min al-fitan karya Mustafa ibn Al-Adwi)

Dosa-Dosa & Facebook
  artikel ni rujukan drpd zaharuddin.net
 
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
 
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
 
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
 
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
 
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
 
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
 
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
 
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
 
3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
 
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
 
4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
 
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 
 
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
 
5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
 
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. 
 
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
 
a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
 
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
 
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
 
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
 
 
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

25 May 2010

Ape salah mereka????

Baru sebentar td ade lg kes pembuangan bayi yg d paparkn dlm berita..kali ni di landasan komuter di shah alam...bayi di tanam dan mayat dijumpai dlm bungkusan putih....kesian tgk bayi tu...sejak akhir2 ni,setiap hari ade kes pembuangan bayi...ape salah mereka hingga d perlakukan sebegitu rupa???
kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung bagi sesiapa yg tergamak membuang bayi2 tersebut....sedangkan haiwan yg tiada akal pun sayangkn anaknya,ape lg kita manusia yg dah di kurniakan dgn akal..ni menunjukkan bahawa manusia yg kejam ni lebih teruk drpd haiwan...
tp,mungkin ade hikmah kenapa Allah mengambil nyawa bayi2 tersebut...mungkin jikalau mereka terus hidup,mase depan mereka kelam dan tiada arah tujuan dek status 'anak haram'..

Hal ni jelas menunjukkan bahawa umat islam kini makin hancur,teruk dan musnah...zina dan maksiat berleluasa di mana2 shj...sehingga lahirnya ramai anak luar nikah....budaya couple dah jd perkara biase,pegang2 tgn,raba-meraba,akhirnye perkara yg x di ingini berlaku...ape nasib dunia akan dtg jika inilah rupenye remaja2 yg akan menerajui pimpinan negara dan menjadi ketua keluarga??
masalah ini perlu di kaji akar umbinya...xlain dan tidak bukan bermula daripada budaya couple2...mungkin ade kes yg dirinya di perkosa tanpa rela hingga mengandungkan anak luar nikah..tp,kebanyakannya berpunca dari masalah couple..bila hati dh sayang,semua snggup di lakukan...lautan api,gunung ganang,lurah berduri semua sanggup d tempuhi..hingga sanggup menyerahkan diri menjadi ratahan binatang yg bertopengkan manusia...syariat sudah tidak di peduli..ape yg penting,puas hati,puas nafsu...na'udzubillah...bukankah Allah sudah melarang kita menghampiri zina?mengapa manusia tidak mahu mengambil pengajaran dari apa yg di perintahkan?salah siapakah berlakunya masalah ni?adakah salah ibu bapa?guru?masyarakat sekeliling yg tidak ambil tahu atau salah diri pelaku sendiri?
masing2 mempunyai hujah masing2..tp,bg ana,ini salah pelaku sendiri...penghayatan ilmu agama yg kurang menyebabkan mereka jauh tersasar dari landasan islam yg sebenar...

masalah ini perlu di fikirkan bersama...bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa..tp,tggungjwb semua insan yg mengaku diri mereka islam dan beriman kpd Allah...ni masalah ummah!!!jgn pandang ringan,jgn pandang enteng...ayuh,fikirkan cara utk membendung masalah yg semakin berleluasa ini

sayang kamu semua...

buat semua sahabat,ade sedikit coretan.....


mule2 kenal,orgnye diam je...
nak tegur takut,tapi tegur jela...
bile dah kenal,xla pendiam sngt..
orngye cool,baik n lembut...(ni bukn perli,tp hakikat)
nak tau sape die,die la Razanah.....



mukenye bulat,jari pendek je..
bile berbicara bergegar dunia dgn bunga2 bahasanya
suke ketawa,suke berjenaka
sape die???
Sakinah la orgnye..hehe...(jgn marah ye)...(^_^)



putih2,comel2,cute2...
kecik2 cili padi,kecik2 pun kepimpinan terserlah
jd ketua blok B2,asyik busy je kejenye....
ke sana ,ke sini tak kire mase..
baik budi bahasa,sopan santunnye..
itulah Farah Najihah yg tgh d cerite



suke menghilangkn diri tibe2 je...
sibuk melibatkan diri dgn PRD..
amat baik dgn Ummu bagai suami dan isteri..
sikit2 gaduh,wat drama diorg sendiri..
Hafizzatul 'Izzah tuan empunya diri..



Orngye comel,antara yg paling tinggi...
nampak je diam,sebenarnye xpun..=p
suke mengarut,loye buruk itulah hobi...
tp baik hati...........(^_^)
gelaran BABY di beri sejak zaman sekolah lg..
hehe....itulah ana...saje nak  puji diri sendiri...


baru tulis sikit tgn ni dah penat..
ini je yg ana sempat buat..
kpd shbt2 yg tidak terlibat...
harap maaf,lain kali ye...hehe


p/s..kpd name2 yg ade,harap maaf kalau terkasar bahase,tersilap bicara...ini hanya gurauan semata2


apepun,ana sayang sahabat2 semua...uhibbukum fillah...

erti sebuah persahabatan

Dah lebih sebulan kat umah..kdg2 rase rindu pd shbt2 semakin memuncak...rase nak je putarkan mase ke belakang,tp tu mmg mustahil...terbayang2 wajah shbt2,susah senang kite bersama dalam meniti kehidupan dan mencari makna sebenar sebuah perjuangan...rase sayang,rindu,benci semuanya di dasarkan atas ikatan akidah yg satu iaitu krn Allah..jika d beri kesemptan,x sanggup rasanye nak berpisah dgn shbt2 smue...tp setiap pertemuan pasti ade perpisahan..kini,kite semua dah mule berjauhan..mujur la teknologi zaman skrg memudahkan perhubungan...walau kalian jauh di mataku,namun sentiasa dekat di hati..terima ksih shbt semua krn memberi ruang untukku menjadi shbt kalian...semoga ukhuwwah yg terjalin ini akan tetap kukuh sampai bile2...insyaAllah..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...