Sebuah diari lama dibuka. Diari yang pasti akan dibawa oleh Qalbi ke mana saja dia pergi. Di dalamnya penuh dengan catatan pengalaman hidup dan coretan segala luahan hatinya. Cuma,semenjak tiga tahun yg lalu,Qalbi sudah tidak lagi menulis dalam diari itu,malahan membukanya saja dia tidak sanggup. Hari ini,tanggal 28 Disember,digagahkan juga hatinya untuk membelek2 diari itu. Qalbi tekun membaca semua isi-isi yang terkandung dalam diari itu. Tidak semena-mena,air matanya mengalir..
" Allah...subhanallah...alhamdulillah...allahu akbar...kuatkan hatiku ya Allah.."
kata2 itu melantun dari bibir Qalbi..terus di tutup diari itu supaya hatinya tidak mengelamun jauh lagi.Di simpan semula diari itu di dalam kotak kesayangannya.
" Bi...eh,apesal Bi nangis ni?? ade masalah ke? Bi sakit lagi ke?.."sapa Khalilah,teman serumah Qalbi apabila dilihatnya Qalbi menangis dan kelihatan sedih. Khalilah paling rapat dengan Qalbi berbanding teman serumahnya yang lain. Qalbi di gelar Bi oleh rakan2 yang akrab dgnnya terutama teman2 serumahnya. Nama panggilan yang agak manja sesuai dengannya perwatakannya yang manja dan lembut,namun penuh dengan sifat2 ketegasan sebagai seorang muslimah.
"Emm...Bi okey jelah Ila...cuma rase sakit perut sikit"
"Eh..Bi janganlah buat Ila risau..sakit sangat tak tu? Ila rasa nak call parents Bi kat Malaysia...Ila nak bagitau diorang pasal penyakit Bi ni. Sampai bila Bi nak berahsia dengan diorang?? Diorang patut tahu yang Bi tengah bertarung nyawa,antara hidup dan mati."
" Ila!! Kalau Ila betul2 sayangkan Bi dan anggap Bi sahabat Ila,tolong jangan sesekali bagitau tentang penyakit Bi ni kat sape2 pun.Cukuplah benda ni jadi rahsia antara Ila,Bi,doc dan Allah. Bi tak nak keluarga Bi risaukan Bi. Hatta kawan2 serumah kita ni pun. Tolong la rahsiakan perkara ni"
" Tapi,Bi taknak ke kongsi kesedihan dan kesakitan Bi tu dengan diorang?Sekurang2nya diorang dapat bagi support kat Bi kalau diorang tahu hal sebenar."
Qalbi hanya termenung. Air matanya bercucuran. Sudah tiga tahun dia di bumi Mesir ini. Keputusannya ingin meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir mendapat banyak tentangan. Apakan tidak,dia sudah pun menuntut di UKM selama setahun,masuk ke tahun2. Tiba2 keputusannya untuk ke Mesir mengejutkan banyak pihak. Urusan untuk menamatkan pengajian,urusan ptptn dan lain2 sangat melecehkan. Tapi,atas kesungguhan Qalbi untuk ke Mesir maka Allah permudahkan segalanya.
Sebenarnya,tujuan utama Qalbi ingin merantau jauh adalah kerana mahu meneruskan cita-citanya dan ingin menjauhkan dirinya dari seseorang. Dia ingin melupakan Safwan,insan yang pernah menjadi tunangannnya suatu ketika dahulu.
" Ila, Bi lebih rela tanggung penyakit ni seorang diri. Biarlah penyakit ni menjadikan Bi dengan Allah makin dekat. Kan Allah ada. Bi rasa bahagia dengan ujian ni "
" Dan kalau Bi di jemput menghadap Ilahi sekarang,Bi sanggup. Bi dah tak sabar nak bertemu dengan Allah"
Senyuman yang terpancar dari wajah Qalbi menenangkan hati Khalilah walaupn dia agak terharu dan sedih mendengar kata2 Qalbi.
" Sungguh kuat dan tabah hatimu sahabat. Walau di uji seberat itu,kau masih mampu tersenyum. Semoga Allah memberi ganjaran syurga buatmu" (Khalilah berdoa dalam hatinya)
Khalilah segera mendekati Qalbi dan mendakap tubuh Qalbi erat2. Mereka berdua sama2 menangis. Walaupn Khalilah lebih tua setahun dari Qalbi dan lebih lama di Mesir berbanding Qalbi,namun pemikiran dan tindakan Qalbi lebih menampakkan kematangan. Banyak perkara baik yang Khalilah belajar dari Qalbi. Semangatnya,kekuatannya serta keimanannya sangat menjadi contoh buat Khalilah.
********************************************************************
" Assalamu'alaikum.. Kak cik ape khabar? sihat? " Ibu Qalbi dari Malaysia membuat panggilan. Sudah menjadi kebiasaan,stiap hujung minggu ibunya akan menelefon bertanyakan khabar anak perempuannya yang jauh di perantauan itu. Tetapi,panggilan kali ini agak berbeza. Baru dua hari lepas ibunya bertanyakan khabar. Seperti ada sesuatu yang penting.
" Alhamdulillah ibu. Kak cik sihat je. Ibu call kak cik ni nape,rindu ek? hehe...kan baru kelmarin ibu call. Ade ape2 ke ibu?"
" Ade2 saje anak ibu ni. Ye,ibu rindukan kamu nak." ibu terdiam seketika...
" Kak cik,ibu ada benda nak bagitau kak cik ni. Harap kak cik sudi dengar ye. Janji jangan marah2 atau terus letak telefon lepas ibu bagitau perkara ni"
" Ibu..kenapa pulak kak cik nak marah? ibu cakap la cepat..Ape die? kak cik dah rase suspens ni "
" Ok la kak cik. Macam ni,semalam ade orang datang rumah kita. Rombongan meminang dari Kedah. Diorang datang nak melamar kak cik."
" Haa??!! Ape ibu? kak cik tak salah dengar ke ni? hmm...sape ibu? Kak cik kenal ke lelaki yg datang pinang tu?"
" Ni la yang ibu nak bagitau. Kak cik kenal sgt dengan dia. Tapi lepas ibu cakap ni,jangan marah ye."
" Ye ibu..tapi macam pelik je ayat ibu. Takpe lah. Ibu cakap la"
" Kak cik, lelaki tu adalah Safwan. Keluarga dia datang semalam dan mintak maaf tentang kejadian 3 tahun yang dulu. Sekarang diorang datang lagi untuk meminang kak cik. Safwan dah jelaskan pada ibu semuanya dan dia menyesal dengan ape yang jadi dulu. Dia datang nak ambil kak cik smula jadi tunangan dia dan nak langsungkan pernikahan secepat mungkin. Kali ni katanya,memang betul akan jadi. Kalau boleh, nak nikah masa kak cik balik cuti nanti"
" Ibu...kak cik tak tahu nak cakap ape. Kak cik terkejut. Kak cik takut benda yang jadi 3tahun dulu berulang balik"
" Kak cik....yakinlah...kali ni dia memang bersungguh. InsyaAllah Safwan tak kan kecewakan kak cik lagi."
" Tapi bu..."
" Jangan tapi2 kak cik. Kak cik buatlah keputusan. Fikir masak2 dan mintak petunjuk Allah. Nanti dah dapat jawapan, maklumkan kat ibu ye"
" Jangan lama2 ye nak,kesian Safwan tu. Dia dah mengharap dan menunggu kamu. Lupakan je apa yang dah jadi dulu ye nak. Anggap SAfwan yang datang ni,orang yang baru dengan hati yang baru"
"Emm..insyaAllah ibu. Bagi kak cik masa seminggu boleh?"
" Baiklah nak. NAnti telefon ibu ye bila dah ade jawapan."
" Ye bu..okey la bu..Kak cik ada keje sikit ni. SAmpaikan salam sayang kat ayah ye. Assalamu'alaikum bu"
" InsyaAllah kak cik. 'Alaikumslm anakku"
*************************************************************************
Qalbi langsung merebahkan dirinya ke atas katil. Fikirannya jauh melayang. Teringat kisah dirinya dan Safwan 3tahun yang lalu. Mereka pernah menjadi tunangan dan akhirnya Safwan memutuskan ikatan itu dengan alasan yang bermacam2. Ikatan pertunangan itu hanya bertahan beberapa bulan. Qalbi ada juga menyimpan dendam,rasa di permainkan. Tetapi,dia merelakan saja. Baginya, itu semua sudah ketentuan. Namun,tidak di sangka sekarang SAfwan datang kembali. Kiranya dahulu, Safwan akan terus pergi jauh dari hidupnya dan memulakan hidup dengan muslimah lain. Pernah hatinya sudah berhenti berharap,sekarang harapan itu muncul kembali. Tetapi,air matanya mula mengalir selepas memikirkan penyakit yang di hidapinya.
" Ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan. Berikanlah aku jawapan. Engkau Maha mengetahui.. Sesungguhnya yang aku rasa sangat dekat denganku kini adalah kematian. Doktor juga sudah mengesahkan penyakitku ini sudah tiada harapan untuk sembuh. Kanser ini sudah pun merebak ke bahagian organ yang lain. Bantulah aku Ya Allah. Aku lebih selesa berada dekat denganMu,hatiku sepenuhnya tertumpu padaMu seperti sekarang.Yang aku nampak,hanyalah kematian. Berikanlah aku petunjuk ..aaminn "
Qalbi terus tertidur. Penat setelah semalaman berjaga bertarung dengan rasa sakitnya itu. Ubat yang di makan tidak mampu menampung rasa sakit yang amat sangat di bahagaian perutnya. Badannya juga lemah,rambut mula gugur akibat dari kesan kimoterapi.
bersambung.......