Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

02 November 2010

Secebis coretan untuk tatapan

Segala puji bg Allah,yg masih menghidupkn ku dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan shbt2 baginda...salam ukhwah semanis bicara dan serumpun kasih buat shbt2 yg sentiasa d sayangi dan d cintai..semoga kita sentiasa d naungi dan d payungi dgn rahmat Allah...Pertama2 dan selama2nya,diri ini bersyukur kerana masih d beri hidayah oleh Allah utk meneruskn perjuangan ini walau pernah terfikir utk membuat suatu keputusan yg tidak munasabah...Alhamdulillah juga kerana Allah masih membiarkn hati ini kuat dan tabah wlaupun pernah rebah dan lemah...Apa yg telah terjadi malam ini benar2 mengetuk pintu hati ini,membuatkn diri ini kembali bermuhasabah dan menginsafi kesilapan yg pernah d lakukan...mendengar kata2 mereka,mampu menggoncang  jiwa,mengingatkn pada perjuangan yg baru saja bermula...membaca tintanya bisa saja membuat air mata mengalir sederas2nya....melihat wajah mereka,membuatkan hati tenang dgn serta merta...subhanallah...bukannya diri ini sengaja hendak bermadah pujangga atau sengaja menyusun bait2 kata yg berbunga2, tp cuma ingin menggambarkn betapa berbunganya hati ini pada saat ini,seperti d tiup dgn roh dan semangat yg baru selepas bertemu shbt2 seperjuangan...sahabatku buah hatiku...sahabatku ibarat jantung dan nadi buat diriku...kita d pertemukan atas kisah perjuangan,kita d satukan atas sebuah persaudaraan dan biarlah berpisahnya nanti hanya perpisahan sementara,namun insyaAllah bertemu lagi d syurga yg kekal selama2nya...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?" Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta"
(Al-Ankabut:2-3)

Bersyukur kerana diri ini telah d uji...ujian yg menimpa telah mematangkan fikiran dan membuatkn diri utk meningkatkan lagi tahap keimanan... sungguh,tiada manusia yg tidak pernah terlepas daripada ujian..tetapi yg membezakannya cume jenis2 dan tahap ujian itu....serta bagaimana penerimaan dan kerelaan mereka menerimanya...sungguh beruntunglah bagi mereka yg wlau d uji dgn ujian yg sgt2 berat,tp masih mampu mempertahankan iman dan keyakinan mereka terhadap Allah serta masih mampu tersenyum mengahadapinya..akhir kalam,hayatilah sebuah lirik lagu yg d popularkn oleh kumpulan nasyid nahwan nur untuk tatapan dan renungan..


RANJAU PERJUANGAN

Kedinginan malam bersama rintikan hujan
mengingatkan pada keagungan Tuhan
kehidupan pejuang menempuh dugaan
gelombang fitnah melanda berterusan

Betapa pilu derita sengsara
ditohmah dikeji setiap masa
merintih sayu mengharapkan redha-nya
dalam menegakkan kebenaran nyata

Perjuangan suci membela agama
dipandang sepi penuh curiga
ditaburi fitnah yang datang melata
jua rintangan yang menghalangnya

Tabahkanlah hatimu wahai pejuang
ianya ujian dalam kehidupan
merupakan pengajaran dari Tuhan
dalam membina insan bertaqwa
 

2 comments:

  1. alhamdulillah...
    ain,
    aku mencintai shbtku ini dgn segenap jiwaku..
    shbt yg baik adalah yg seiring dgnku n menjaga nama baikku ketika aku hidup..
    atau sesudah matiku..
    kuhulurkan tgnku kepadamu kerana aku merasa senang..
    semakin ramai shbt,
    aku semakin percaya diri..
    aku slalu berhrp mndpt shbt yg sejati..
    yg tidak luntur dlm suka mahupun duka..
    jika aku dpt,aku ingin setia padanya..n_n
    (imam syafie)

    ReplyDelete
  2. dan kekuatan yg dimiliki ada pelgabai....

    ReplyDelete

Your comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...