Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

31 December 2011

Buah hatiku...

Jangan pelik kalau saya cakap saya dah ade ramai anak walaupun baru umur 20tahun....;) saya dah ade 8 org anak....buah....ngeh3.....anak kakak dan abang2...mereka lah buah hati saya..setiap kali jumpa diorang,terubat segala rindu dengan telatah dan celoteh yang menghiburkan hati...nak tunggu anak sendiri lambat lagi,anak2 buah pun dah cukup....=)   semoga mereka menjadi insan yang soleh solehah pada masa akan datang...ini impian dan harapan daripada seorang makcik kepada anak2 buahnya....cik in sayang kamu smue....



Muhammad Iqbal dan Nurul Balqis Bt Fauzi

 Iqbal ,anak buah cik in yang pertama..lahir pada 3 disember 2004..sedar x sedar dah menjangkau usia 8tahun...kamu harapan cik in...cucu sulung pertama atok dan opah...jangan pernah berputus asa menghadapi dugaan hidup..jadilah seorang abang yang bertanggungjwab pada adik2,serta anak yg soleh buat mama dan papa...

Balqis...kenakalan kamu kadang2 membuatkan cik in geram...hehe...perangai kamu kadang2 mengalahkan perangai budak lelaki..kesian abang kamu..selalu kena buli dgn kamu...semoga satu hari nnt kamu menjadi seorang muslimah yang solehah,berkeperibadian tinggi...

Nur Farisah Syauqina bt Mohd Faizul
 Ini anak buah yang paling cik in geram dan rase nak gigit2 je.....eee......even u r still young,just 2 years old tapi perangai kamu sgt2 menghiburkan hati dan kamu sgt2 cerdik....suka dengar kamu marhaban dan bernasyid.....so cute.................jangan degil2 tau...;)

Amzar Izzudin , Adib Irfan b.Sazali

Amzar dan Irfan....walau jauh,jarang jumpa tapi cik in sayang kamu berdua....kadang2 cik in susah nak paham bahasa kamu..huhu.....kalau kamu berdua cakap melanau ,mmg ternganga la cik in....but,cute la korang....unique,and differ from the others.... irfan jangan nakal2...jage mak dan adik..dengar cakap mak dan abah ye...

Ahmad anas b. Mohd Ferdaus
 Anas....si budak comel yang kuat merengek..semakin kuat merengek lepas dapat adik baru ye...anas budak baik,comel,bijak....rajin2 ikut abah gi surau tau...semoga keperibadian abah diwarisi anas dan jugak 'aatif....
luv u sayang....
Nurul Batrisya Bt Fauzi
Kecil2 si cili padi...badan je kecik,perangai mak ai.....batrisya yg comel...pintar mcm mamanye...=)  iesya jadi budak pempuan yang lembut tau,..jangan jadi mcm kak balqis..hehe...


Cik in mintak maaf xdpt nk upload gambar 'aatif....apepun,cik in sayang semua...semua ni buah hati cik in dunia akhirat....smua darah daging cik in jugak..cik in akan sayang kamu smua mcm cik in sayang anak2 cik in nnt...semoga Allah merahmati kamu semua dan menjadikan kamu smua mujahid mujahidah...

22 August 2011

Muhasabah ramadhan

Sedang asyik berbual dgn adik kesayangan dlm kereta menuju ke sebuah destinasi.. Terpana hati dan telinga mendengarkan sebuah lagu yg dikumandangkan oleh kmpulan nasyid  inteam n nazrey johani.. Ya,ini pertama kali mendengar lagu itu...Setiap bait dan lafaznya di hayati dgn penuh makna..Terpana seketika...mmg benar...ramadhan dulu dan kini sgt2 berbeza...


Ramadhan dua zaman
sumberlirik nasyid




ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza 
ramadhan mereka gembira cemerlang 
mukmin berjasa diawal zaman 
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman


mereka gembira kerana kedatangan mu 
kami gembira dengan pemergian mu malam 
mereka meriah disimbah nur al quran 
tp malam kami muram bertemukan mu 


mereka berlumba mengejar makrifat 
tp kami lesu diburu nafsu 
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan ramadhan 
takbir kami lesu tak bermaya 
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Benar juga apa yg ada dlm lirik lagu ini...cuba check balik,bagaimana kita sbg umat islam skrg menyambut kedatangan ramadhan ini?mmg hobi saya suka memerhatikan orang,ligat gelagat orang...yang saya nmpak dari awal bulan ramadhan smpai skrg manusia2 itu sibuk dengan persiapan utk berhari raya...bagaimanakah ini,belum abis berjuang sudah sibuk bersiap untuk raikan kemenangan???dan skrg,di hari2 terakhir ramadhan ni sedang segelintir manusia sibuk dan tekun memburu lailatul qadr,ramai pula yg tekun dan sibuk dgn lailatul'KAMDAR' ...kisah benar,ini bukan rekaan tetapi pengalaman sendiri..satu malam saya ke sana untuk mencari sesuatu dan sangat2 terkejut bila tgk jalan2 sesak dgn kereta,semua berpusu2 ke shopping complex..nak cari parking punyalah payah...Allah....apakah sgt dgn baju raya baru,langsir baru,carpet baru??adakah islam mengajar kita untuk meraikan raya sedemikian rupa??mahu meraikn raya boleh,tapi biarlah bersedrhana dan jgn sampai kita abaikan amalan2 yg sepatutnya dilakukan pd mlm2 bulan ramadhan...Allah telah menjanjikan ganjaran yg besar buat mereka yg berjaya menemui lailatulqadr. Alangkah ruginya kita apabila dah di beri emas gedebuk depan mata tapi tangan tu malas nak gerak.Sama lah mcm lailatulqadar ni.Allah dah bg peluang depan mata,tinggal nak cari and just grab the opportunity...

“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

"Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan."
(al-qadr : 3)

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir."
( Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.)


Subhanallah,sungguh luas rahmat dan keampunan Allah...rugi bagi mereka yg masih lalai dn leka dgn kemaksiatan..ramadhan bulan tarbiyyah..berubahlah....apa guna kita berada dlm bulan tarbiyyah,namun iman dan amal masih d takuk yg lama...ayuh shbt,pecut kelajuan di malam2 terakhir ini...moga tergolong dlm golongan yg mendapat rahmat dan keampunan Allah...di anjurkan berdoa dgn doa ini apabila berada dlm 10 malam terakhir ramadhan...


Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Bacalah:

اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”.

(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Ayuh,muhasabah semula diri kita..Bersedihlah kerana ramadhan bakal pergi..Mungkinkah berjumpa lagi tahun hadapan?? 



18 August 2011

Noktah Sebuah Cinta ~ part 1~

Sebuah diari lama dibuka. Diari yang pasti akan dibawa oleh Qalbi ke mana saja dia pergi. Di dalamnya penuh dengan catatan pengalaman hidup dan coretan segala luahan hatinya. Cuma,semenjak tiga tahun yg lalu,Qalbi sudah tidak lagi menulis dalam diari itu,malahan membukanya saja dia tidak sanggup. Hari ini,tanggal 28 Disember,digagahkan juga hatinya untuk membelek2 diari itu.  Qalbi tekun membaca semua isi-isi yang terkandung dalam diari itu. Tidak semena-mena,air matanya mengalir..

     " Allah...subhanallah...alhamdulillah...allahu akbar...kuatkan hatiku ya Allah.."

kata2 itu melantun dari bibir Qalbi..terus di tutup diari itu supaya hatinya tidak mengelamun jauh lagi.Di simpan semula diari itu di dalam kotak kesayangannya.

    " Bi...eh,apesal Bi nangis ni?? ade masalah ke? Bi sakit lagi ke?.."sapa Khalilah,teman serumah Qalbi apabila dilihatnya Qalbi menangis dan kelihatan sedih. Khalilah paling rapat dengan Qalbi berbanding teman serumahnya yang lain. Qalbi di gelar Bi oleh rakan2 yang akrab dgnnya terutama teman2 serumahnya. Nama panggilan yang agak manja sesuai dengannya perwatakannya yang manja dan lembut,namun penuh dengan sifat2 ketegasan sebagai seorang muslimah.


    "Emm...Bi okey jelah Ila...cuma rase sakit perut sikit"

           "Eh..Bi janganlah buat Ila risau..sakit sangat  tak tu? Ila rasa nak call parents Bi kat Malaysia...Ila nak bagitau diorang pasal penyakit Bi ni. Sampai bila Bi nak berahsia dengan diorang?? Diorang patut tahu yang Bi tengah bertarung nyawa,antara hidup dan mati."

    " Ila!! Kalau Ila betul2 sayangkan Bi dan anggap Bi sahabat Ila,tolong jangan sesekali bagitau tentang penyakit Bi ni kat sape2 pun.Cukuplah benda ni jadi rahsia antara Ila,Bi,doc dan Allah. Bi tak nak keluarga Bi risaukan Bi. Hatta kawan2 serumah kita ni pun. Tolong la rahsiakan perkara ni"

    " Tapi,Bi taknak ke kongsi kesedihan dan kesakitan Bi tu dengan diorang?Sekurang2nya diorang dapat bagi support kat Bi kalau diorang tahu hal sebenar."


    Qalbi hanya termenung. Air matanya bercucuran. Sudah tiga tahun dia di bumi Mesir ini. Keputusannya ingin meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir mendapat banyak tentangan. Apakan tidak,dia sudah pun menuntut di UKM selama setahun,masuk ke tahun2. Tiba2 keputusannya untuk ke Mesir mengejutkan banyak pihak. Urusan untuk menamatkan pengajian,urusan ptptn dan lain2 sangat melecehkan. Tapi,atas kesungguhan  Qalbi untuk ke Mesir maka Allah permudahkan segalanya. 

Sebenarnya,tujuan utama Qalbi ingin merantau jauh adalah kerana mahu meneruskan cita-citanya dan ingin menjauhkan dirinya dari seseorang. Dia ingin melupakan Safwan,insan yang pernah menjadi tunangannnya suatu ketika dahulu.

   " Ila, Bi lebih rela tanggung penyakit ni seorang diri. Biarlah penyakit ni menjadikan Bi dengan Allah makin dekat. Kan Allah ada. Bi rasa bahagia dengan ujian ni "

  " Dan kalau Bi di jemput menghadap Ilahi sekarang,Bi sanggup. Bi dah tak sabar nak bertemu dengan Allah"

Senyuman yang terpancar dari wajah Qalbi menenangkan hati Khalilah walaupn dia agak terharu dan sedih mendengar kata2 Qalbi.

  " Sungguh kuat dan tabah hatimu sahabat. Walau di uji seberat itu,kau masih mampu tersenyum. Semoga Allah memberi ganjaran syurga buatmu" (Khalilah berdoa dalam hatinya)

  Khalilah segera mendekati Qalbi dan mendakap tubuh Qalbi erat2. Mereka berdua sama2 menangis. Walaupn Khalilah lebih tua setahun dari Qalbi dan lebih lama di Mesir berbanding Qalbi,namun pemikiran dan tindakan Qalbi lebih menampakkan kematangan. Banyak perkara baik yang Khalilah belajar dari Qalbi. Semangatnya,kekuatannya serta keimanannya sangat menjadi contoh buat Khalilah.


********************************************************************

  " Assalamu'alaikum.. Kak cik ape khabar? sihat? "  Ibu Qalbi dari Malaysia membuat panggilan. Sudah menjadi kebiasaan,stiap hujung minggu ibunya akan menelefon bertanyakan khabar anak perempuannya yang jauh di perantauan itu. Tetapi,panggilan kali ini agak berbeza. Baru dua hari lepas ibunya bertanyakan khabar. Seperti ada sesuatu yang penting.

  " Alhamdulillah ibu. Kak cik sihat je. Ibu call kak cik ni nape,rindu ek? hehe...kan baru kelmarin ibu call. Ade ape2 ke ibu?"


  " Ade2 saje anak ibu ni. Ye,ibu rindukan kamu nak." ibu terdiam seketika...
           " Kak cik,ibu ada benda nak bagitau kak cik ni. Harap kak cik sudi dengar ye. Janji jangan marah2   atau terus letak telefon lepas ibu bagitau perkara ni"


  " Ibu..kenapa pulak kak cik nak marah? ibu cakap la cepat..Ape die? kak cik dah rase suspens ni "

  " Ok la kak cik. Macam ni,semalam ade orang datang rumah kita. Rombongan meminang dari Kedah. Diorang datang nak melamar kak cik."

  " Haa??!! Ape ibu? kak cik tak salah dengar ke ni? hmm...sape ibu? Kak cik kenal ke lelaki yg datang pinang tu?"

  " Ni la yang ibu nak bagitau. Kak cik kenal sgt dengan dia. Tapi lepas ibu cakap ni,jangan marah ye."

   " Ye ibu..tapi macam pelik je ayat ibu. Takpe lah. Ibu cakap la"

  " Kak cik, lelaki tu adalah Safwan. Keluarga dia datang semalam dan mintak maaf tentang kejadian 3 tahun yang dulu. Sekarang diorang datang lagi untuk meminang kak cik. Safwan dah jelaskan pada ibu semuanya dan dia menyesal dengan ape yang jadi dulu. Dia datang nak ambil kak cik smula jadi tunangan dia dan nak langsungkan pernikahan secepat mungkin. Kali ni katanya,memang betul akan jadi. Kalau boleh, nak nikah masa kak cik balik cuti nanti"

  " Ibu...kak cik tak tahu nak cakap ape. Kak cik terkejut. Kak cik takut benda yang jadi 3tahun dulu berulang balik"

  " Kak cik....yakinlah...kali ni dia memang bersungguh. InsyaAllah Safwan tak kan kecewakan kak cik lagi."

  " Tapi bu..."

   " Jangan tapi2 kak cik. Kak cik buatlah keputusan. Fikir masak2 dan mintak petunjuk Allah. Nanti dah dapat jawapan, maklumkan kat ibu ye"   
     " Jangan lama2 ye nak,kesian Safwan tu. Dia dah mengharap dan menunggu kamu. Lupakan je apa yang dah jadi dulu ye nak. Anggap SAfwan yang datang ni,orang yang baru dengan hati yang baru"

   "Emm..insyaAllah ibu. Bagi kak cik masa seminggu boleh?"

" Baiklah nak. NAnti telefon ibu ye bila dah ade jawapan."

   " Ye bu..okey la bu..Kak cik ada keje sikit ni. SAmpaikan salam sayang kat ayah ye. Assalamu'alaikum bu"

" InsyaAllah kak cik. 'Alaikumslm anakku"




*************************************************************************


 Qalbi langsung merebahkan dirinya ke atas katil. Fikirannya jauh melayang. Teringat kisah dirinya dan Safwan 3tahun yang lalu. Mereka pernah menjadi tunangan dan akhirnya Safwan memutuskan ikatan itu dengan alasan yang bermacam2. Ikatan pertunangan itu hanya bertahan beberapa bulan. Qalbi ada juga menyimpan dendam,rasa di permainkan. Tetapi,dia merelakan saja. Baginya, itu semua sudah ketentuan. Namun,tidak di sangka sekarang SAfwan datang kembali. Kiranya dahulu, Safwan akan terus pergi jauh dari hidupnya dan memulakan hidup dengan muslimah lain. Pernah hatinya sudah berhenti berharap,sekarang harapan itu muncul kembali. Tetapi,air matanya mula mengalir selepas memikirkan penyakit yang di hidapinya.




 " Ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan. Berikanlah aku jawapan. Engkau Maha mengetahui.. Sesungguhnya yang aku rasa sangat dekat denganku kini adalah kematian. Doktor juga sudah mengesahkan penyakitku ini sudah tiada harapan untuk sembuh. Kanser ini sudah pun merebak ke bahagian organ yang lain. Bantulah aku Ya Allah. Aku lebih selesa berada dekat denganMu,hatiku sepenuhnya tertumpu padaMu seperti sekarang.Yang aku nampak,hanyalah kematian. Berikanlah aku petunjuk ..aaminn " 


   Qalbi terus tertidur. Penat setelah semalaman berjaga bertarung dengan rasa sakitnya itu. Ubat yang di makan tidak mampu menampung rasa sakit yang amat sangat di bahagaian perutnya. Badannya juga lemah,rambut mula gugur akibat dari kesan kimoterapi. 




bersambung.......

17 August 2011

Ramadhan

Ramadhan kian berlalu...
Tapi segelintir manusia,buat2 tidak tahu....


Apa pengertian ramadhan??
Adakah sekadar berpuasa,menahan lapar dahaga??
Adakah sekadar bersuka ria menyambut kedatangan raya??
Saat diri sepatutnya berjaga mencari redha yg Esa,kita leka menyiapkan kuih2 raya...
Saat diri seharusnya memikirkn pahala yg berganda,kita sibuk keluar mencari baju raya..


Aku hairan dgn segelintir manusia...
Bulan ramadhan tiada beza bagi mereka dgn bulan2 sebelumnya....
Masih berani berbuat dosa...
Masih leka membuang masa...
Sedangkan Allah telah menjanjikan pahala,
Bagi siapa yg melalui ramadhan dgn penuh taqwa...


Ramadhan datang setahun sekali...
Tahun depan belum pasti ketemu lagi...
Mungkin esok lusa kita mati....
Tidak mahukah kita rebut peluang di ramadhan kali ini??


Permergiannya seharusnya di tangisi...
Bulan rahmat,bulan yg d berkati....
Rebutlah selagi masih ada kesempatan ini...
Agar tidak menyesal di kemudian hari...


Aku menulis sekadar peringatan...
Buat diri dan semua insan...
Kerna aku juga banyak kelemahan...
Sering juga lalai dan kealpaan...



~ummu sajidah~


Maafkanlah...

Maafkanlah...
Redhakanlah...
Lupakanlah....
Tiada guna menyimpan dendam....
Meski hatimu remuk redam...


Lihat air sungai itu...
Meski jalannya di halang beribu batuan,
Tidak pernah batu2 itu dipecahkan...
Terus mengalir tenang dgn irama yg mendamaikan...


Lihat pohon itu...
Meski daunnya gugur di tiup angin,tidak sesekali angin di salahkan...
Pohon itu tetap merendang..merelakan diriya di sapa angin yg kdg2 kuat dan menyakitkn...


Lihatlah....
Belajarlah dari alam...
Segalanya terkandung hikmah dan pengajaran...
Bukan saja2 di ciptakan....
Ia berguna buat insan yg mahu berfikir...
Jadi,maafkanlah....
Ambillah ibrah dari air sungai dan pohon yg telah di ciptakan...

~ ummu sajidah~

Di Pengakhiran Penantian

Dia sudah berjanji...
Janji itu sentiasaku pegang...
Meski ramai yg dtg menghampiri, dia tetap di hati...
Bukan aku menduakn kasih pd Tuhan,Bukan aku menduakn Tuhan dalam hati...
Tapi,aku yakin dia orangnya yg bakal menjadi imamku...
Sejak separuh abad aku sudah berdoa n bristikharah..
Hatiku hanya tergerak utk menerimanya meski pernah d lamar yg lain...
Aku setia menunggu saat itu...
Saat dia berjanji utk melafazkn ijab qabul padaku...
Aku pegang janji itu...


Semakin lama aku menunggu,semakin menyesakkn hati...
Aku terus menunggu dan menanti...
Hanya sujud menjadi tempat perantaraan aku,dia dan Tuhan...
Di situ aku luahkn segalanya...
Dengan Tuhan sbg saksi...


Sekali lg,bukan aku menduakn kasih Tuhan...
Aku hanya ingin mencari jalan...
Jalan menuju redha Tuhan...
Dgn dia sbg perantaraan,peneman d sepanjang perjalanan...
Mencari redha dlm sebuah pernikahan...
Salahkah aku mempunyai keinginan??
Membina baitul dakwah yg menjadi idaman...
Bertaut di dunia hingga ke syurga...
Kerna hidup di sana yg lebih ku utamakan...


Aku terus menanti....
Menanti saat syaitan menangis melihat kami d ijab qabulkn...
Tanda dua anak adam terselamat dr fitnah percintaan yg tidak halal...
Siang malam aku berdoa,merayu,merintih...
Agar di permudahkan segalanya...
Dgn pengharapan,hatinya tetap padaku..


Di akhir penantian,akhirnya aku di lepaskn...
Dengan alasan hilangnya perasaan...
Bukan mudah untuk aku melupakan...
Insan yg sentiasaku pegang janjinya...
Insan yg sentiasaku doakannya...


Kini,aku rela melepaskn dia pergi...
Ku lepaskn abu-abu janjinya itu di tiup angin...
Meski aku akan terseksa di setiap pagi yg hening dan malam yg dingin...
Sujudku kini hanya ada aku danTuhan...
Meski dalam mimpi kadang2 bertemu.,tapi aku pasti itu cuma mainan syaitan
Agar aku terus tenggalam dlam perasaan...
Aku serahkan segalanya pd Tuhan...
Agar di tunjukkan aku jalan....
Jangan biarkan aku sesak dan lemas,terdampar dalam sebuah pengakhiran penantian cinta seorang insan...


~ummu sajidah~


03 August 2011

WaNitA ~~ aGaR diKau BahAgIa









Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.



***

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.









Couple Islamic??


copy paste dari  note orang lain..semoga jadi iktibar buat kita smue...




Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”.

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya….wallahualam

   

02 August 2011

Dia mungkin bukan jodohku



Yang sudah berkahwin boleh saja bercerai-berai inikan pula yang baru menjadi tunangan dan belum ada apa2 ikatan...seringkali kita yakin bahawa kita sudah bertemu dengan orang yang sesuai dan pasti dia bakal menjadi pasangan kita..namun apa yg berlaku tidak seperti yang di harap...ketika itu pasti hati terasa sedih,pedih dan kecewa...namun yakinlah mungkin Allah ada aturannya dan rancangannya yang tersendiri...hanya mampu berdoa dan memohon petunjuknya...


Ya Allah,jika benar dia jodohku,baik buat diriku,urusan agamaku,dunia dan akhiratku maka Engkau tautkanlah hati kami dalam rahmat kasih sayangMu...berikanlah petunjuk agar aku yakin utk terus menunggu..namun jika dia bukan untukku,lenyapkan apa jua rasa pada dirinya...berikan petunjuk agar aku tidak terus menunggu dalam sendu dan buntu...


~Allah,beri kekuatan utk hambaMu ini menghadapi ujian yg berlaku..kembalikan hatiku padaMu agar aku tenang dalam dakapan kasihMU sehingga tiba saat si dia menerimaku~






22 July 2011

~Nilai Solehah~

Alhamdulillah,mlm ni di beri kekuatan utk siapkan lg satu entri..walaupun hati sedang di rundung kesedihan..berkat doa yg di titip dan pengaduan yg sepenuhnya pada Ilahi,kekuatan hadir semula...Nilai solehah...apa ukurannya?adakah bergantung pada ukuran labuhnya tudung ??atau

Bila menyebut mengenai wanita solehah, ramai org yg membayangkan kriterianya mesti bertudung labuh,berniqob/berpurdah,lemah lembut dan sopan santun...tapi,cukup ke sekadar itu je syarat untuk memenuhi kriteria wanita yg solehah, mulia di sisi Allah?? Banyak perkara yg perlu di ambil peduli dan di pandang serius...



1) Hubungan yg baik dengan Allah...pastinya ini kriteria yg utama...seorang muslimah yg benar2 solehah pasti menjaga hubungannya dgn Allah...hatinya penuh dgn rasa takut dan cinta pada Allah...tidak di biarkan sedikitpun kemaksiatan menodai hati...subhanallah...




2) Penampilan diri yg baik, ya...mungkin salah satu kriteria yg perlu ada...bermula dari cara pemakaian,bertudung sempurna...bukan mahu menunjuk2 diri itu terlalu baik,tetapi krn menjalankan perintah Allah..Allah mewajibkan wanita2 yg beriman menutup aurat..jd, penampilan yg baik merupakan satu kriteria yg perlu ada...tidak semestinya wajib  bertudung labuh hingga ke paras lutut...cukup sekadar menutup aurat dgn sempurna..




3) Menjaga adab2 sbg seorang muslimah...dari segi pergaulan dgn bukan mahram,dan beberapa perkara2 lain yg berkaitan dgn adab seharian...



4) Hubungan yg baik dgn manusia...semua org di layannya dgn baik...bermula dari ibu bapa,adik beradik,saudara mara,kwn2 dan orang2 sekeliling...




5) Mempunyai ilmu yg mampu mendekatkan diri dgn Allah dan berusaha mengamalkannya...












yang pasti,indahnya jadi solehah..=)
Jika ingin di senaraikan,banyak lg kriteria yg perlu ada untuk menjadi seorang yg benar2 solehah...mulia di sisi manusia juga di sisi Allah...akhlaknya seindah akhlak Rasulullah...
Ketahuilah shbt2,untuk menjadi solehah itu bukan mudah tetapi tidaklah payah...berusaha,dekatkan diri dgn Allah...selangkah kita menghampiriNya,seribu langkah Dia dekat pada kita...jgn bimbang..mulakan langkah dari sekarang...insyaAllah niat yg baik pasti Allah permudahkan....



"wanita solehah itu ibarat sebuah permata yg berada jauh di dasar lautan...tidak mudah untuk orang mencari dan menemuinya...juga ibarat sebuah perhiasan indah yg tersimpan rapi dalam kaca yg kukuh,tidak mudah untuk mencapai dan memegangnya...dan juga ibarat sekuntum bunga mawar yg di kelilingi duri2nya sendiri,menghalang tangan2 jahat dari memetik dan memusnahkannya..." alangkah indah menjadi seperti itu...ayuh,kita sama2 berusaha...pertolongan Allah pasti ada...=)



21 July 2011

Moh Kite Ke Surau Wei...


Apa macam?? terkena atas kepala sendiri tak?


Ana sangat suka dgn pic ni...don't know why..tapi banyak mesej tersirat yg terkandung dalam pic ni dan semestinya ramai yg ibarat 'TERKENA ATAS KEPALA SENDIRI' bila tgk pic ni..betoi kan??

~situasi sekarang~
orang hanya akan datang ke masjid/surau apabila:

1) Hari jumaat (sbb nk solat jumaat)..mungkin hari lain busy dgn tugas kat office,busy dgn kuliah smpai xsempat jenguk masjid/surau..kita husnuzon jela...=)

2) Bila ada hajat..terutama bila anak2 nak exam UPSR,PMR atau SPM..dtg surau/masjid pun sekadar jumpa pak imam nk mintak buatkan solat hajat,air yassin...pak imam pun xtau dia wujud kat kawasan tu sebelum ni..

3) Bila hari raya...time ni mmg ramai yg datang...

4) Time nak nikah...hoho...selama hari ni xpernah kisah pun pasal masjid/surau kat kawasan umah sendiri..kononnye boleh solat kat umah je..buat pe nk g masjid...bila time nak kawen je akad nikah kat masjid...hik3..apesal x nikah je kat umah?

5) Yang paling konpem,bila dah mati...hu...of course la jenazah kita kene bawak kat masjid/surau kan...tapi mase tu dah xguna...terlambat dah bro...

jadi....

sementara masa masih ade ni, rajin2 la jenguk dan tunjukkan muka kat surau/masjid....kita dtg masjid/surau bukan bermakna kita nak tunjuk yang diri kita ni warak atau beriman dan menghina golongan2 yg x ke masjid...bukan camtu...cuma,sekadar peringatan bahawa masjid/surau itu kan rumah Allah..tidak mahukah kita menjadi tetamu di rumah Allah?tidak mahukah kita rahmat dan barakah daripada Allah krn kunjungan kita ke 'rumahNya'??rebutlah peluang sementara masa masih ada...jgn tggu bila sudah tua...ajal tidak mengenal usia..



Solat berjemaah pahalanya 27x ganda drpd solat sendirian...ce pikir,nak duit rm1 ke rm27??

20 July 2011

Jodoh


Alhamdulillah,kali ni entri tentang jodoh...memandangkan sekarang musim cuti,ramai shbt2 dan kawan2 yg dah selamat menjadi isteri dan suami orang...alhamdulillah muda2 lagi Allah pilih mereka untuk memikul tanggungjawab seberat itu...menjadi seorang isteri sekaligus seorang mahasiswi di kampus...itu bukan satu tugas yang mudah...berkahwin itu mmg mudah,tetapi nak menjalankan tanggungjawab itu yang payah...apapun,yakin dengan janji Allah...semoga Allah memberkati perkahwinan shbt2ku semua...


Mengharap yg terbaik,diri mesti menjadi yg terbaik terlebih dahulu..harapkan jodoh yg soleh,diri mesti solehah dahulu...


Jodoh kita sudahpun di tentukan oleh Allah di luh mahfuz...jadi tidak perlulah risau untuk terlalu mengejar dan mencari...cukup sekadar yakin bahawa dia sudah ada..cuma belum di temukan saja lagi..namun,bukanlah bermaksud kita hanya perlu menunggu jodoh itu datang bergolek...usaha juga perlu di lakukan...andai rasa sudah sampai masanya,berusahalah dgn cara berdoa dan seelok2nya minta pertolongan dari wali atau org yg boleh di percayai dalam usaha menemukan jodoh kita...itu cara yg di anjurkan oleh islam...ya,dgn menggunakan orang tengah..supaya terhindar dari segala bentuk fitnah..


Jika sudah bermacam2 usaha di lakukan dan masih tidak bertemu,bersabarlah...mungkin Allah punya perancangan yg lebih baik...setiap yg Allah aturkan itu punya hikmah tersendiri...kita hanya merancang dan sebaik2 perancang adalah Allah..


Ana juga sedang menanti dan menunggu siapakah yg bakal menjadi imam buat ana dan anak2 ana nanti...doa tidak putus2 setiap kali lepas solat...mengharap di temukan dgn yg terbaik dan soleh..insyaAllah...walaupun ramai kawan2 yg sibuk berpacaran,setiap hari berchatting,sms,bergayut,dating namun hati ini tidak mahu menjadi seperti itu...jika ya,biarlah ana melakukan semua itu dgn insan yg sudah sah menjadi suami ana...andai dari awal perkenalan lagi sudah melakukan kemungkaran,bagaimana penghujungnya nanti...berkatkah perkahwinan itu?bagaimana dgn anak2 yg lahir nanti?akan terikut2kah perangai buruk ibu dan ayahnya itu?naudzubillah,mintak2 di jauhkan...inginkan sebuah baitul muslim dan baitul dakwah yang sakinah,mawaddah dan rahmah perlulah bermula dari awal proses mencari pasangan lagi...insyaAllah berkat daripada 'menjaga' pergaulan dari mula lagi,akan mudah untuk menghasilkan generasi yang soleh solehah juga insyaAllah...


Yang paling penting,biarlah segalanya berpaksikan cinta kerana Allah...Allah di dahulukan,islam di utamakan...


Indahnya bercinta selepas nikah....


Keluarga sakinah,mawaddah wa rahmah..insyaAllah..=)



~Semoga hati ini hanya untuk Allah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...