Sedang asyik berbual dgn adik kesayangan dlm kereta menuju ke sebuah destinasi.. Terpana hati dan telinga mendengarkan sebuah lagu yg dikumandangkan oleh kmpulan nasyid inteam n nazrey johani.. Ya,ini pertama kali mendengar lagu itu...Setiap bait dan lafaznya di hayati dgn penuh makna..Terpana seketika...mmg benar...ramadhan dulu dan kini sgt2 berbeza...
Ramadhan dua zaman
sumber: lirik nasyid
ramadhan satu nasib tak serupa
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu malam
mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
Benar juga apa yg ada dlm lirik lagu ini...cuba check balik,bagaimana kita sbg umat islam skrg menyambut kedatangan ramadhan ini?mmg hobi saya suka memerhatikan orang,ligat gelagat orang...yang saya nmpak dari awal bulan ramadhan smpai skrg manusia2 itu sibuk dengan persiapan utk berhari raya...bagaimanakah ini,belum abis berjuang sudah sibuk bersiap untuk raikan kemenangan???dan skrg,di hari2 terakhir ramadhan ni sedang segelintir manusia sibuk dan tekun memburu lailatul qadr,ramai pula yg tekun dan sibuk dgn lailatul'KAMDAR' ...kisah benar,ini bukan rekaan tetapi pengalaman sendiri..satu malam saya ke sana untuk mencari sesuatu dan sangat2 terkejut bila tgk jalan2 sesak dgn kereta,semua berpusu2 ke shopping complex..nak cari parking punyalah payah...Allah....apakah sgt dgn baju raya baru,langsir baru,carpet baru??adakah islam mengajar kita untuk meraikan raya sedemikian rupa??mahu meraikn raya boleh,tapi biarlah bersedrhana dan jgn sampai kita abaikan amalan2 yg sepatutnya dilakukan pd mlm2 bulan ramadhan...Allah telah menjanjikan ganjaran yg besar buat mereka yg berjaya menemui lailatulqadr. Alangkah ruginya kita apabila dah di beri emas gedebuk depan mata tapi tangan tu malas nak gerak.Sama lah mcm lailatulqadar ni.Allah dah bg peluang depan mata,tinggal nak cari and just grab the opportunity...
“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)
"Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan."
(al-qadr : 3)
"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir."
( Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.)
Subhanallah,sungguh luas rahmat dan keampunan Allah...rugi bagi mereka yg masih lalai dn leka dgn kemaksiatan..ramadhan bulan tarbiyyah..berubahlah....apa guna kita berada dlm bulan tarbiyyah,namun iman dan amal masih d takuk yg lama...ayuh shbt,pecut kelajuan di malam2 terakhir ini...moga tergolong dlm golongan yg mendapat rahmat dan keampunan Allah...di anjurkan berdoa dgn doa ini apabila berada dlm 10 malam terakhir ramadhan...
Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :
“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut?
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Bacalah:
اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”.
(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Terhibur saya membaca post ini. Peringatan dan nasihat kepada semua orang. :)
ReplyDeleteCuba saudari kaitkan hortikultur pula dengan Islam. Course Horticulture membuat kita lebih tahu bagaimana Allah mencipta segalanya di dunia ini. Teringat saya pesanan pensyarah bahawa jika Allah nak tarik nikmat pertanian di suatu tempat senang sahaja. Banjir atau kemarau. Cukuplah dengan banjir 2 minggu tempat tu dah musnah teruk. Cukuplah dengan kemarau 3 bulan sudah tak dapat hidup tanah tersebut. Masya-Allah betapa besarnya kuasa Allah itu.
Teringat juga dalam surah An-Nahl ayat 68-69 (http://izhamwong.blogspot.com/2011/09/apiculture-plp4102-part-55.html) bagaimana Allah terangkan kebaikan lebah.
Saya ni kurang pandai sikit nak kaitkan horticulture dengan Islam. Maklumlah pelajar bukan sekolah agama. More to critical thinking.
Jadi amatlah saya berharap lebih ramai students horticulture menulis mengenai course horticulture. Boleh bertukar2 pandangan dalam penulisan. Tapi itu terpulang lah kepada tuan blog ini. Saya hanya menyampaikan cadangan.
btw, I really appreciate ur comment on my blog. It soother me to know that my junior really love the course. See you in horticulture industries 10 years from now.
Sekian, wasalam.