Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

30 April 2011

Hakikat Diri





Diri Ini Adalah Hamba, 
Mengikat Janji ‘Alastu Bi Rabbikum?` “ Qaalu, Bala Syahidna”

Diri Ini Terbentuk Dari Setitis Air Yang Hina,
Terpilih Dikalangan Berjuta.

Diri Ini Lahir Ke Dunia,
Tanpa Tahu Menulis Dan Membaca.

Diri Ini Lalu Menjadi Seorang Anak
Buat Kedua Ibu Bapanya.

Diri Ini Punya Tanggungjawab Sebagai Kakak,
Mahupun Adik Dikalangan Saudaranya.

Diri Ini Menuntut Ilmu Untuk Agama Dan Bangsa ,
Digelar Mahasiswa.

Diri Ini Adalah Sahabat,
Cermin Buat Rakan Disekelilingnya.

Diri Ini Adalah Rakyat,
Yang Mahukan Kegemilangan Negaranya.

Diri Ini Adalah Bakal Isteri,
Patuh Kepada Suaminya.

Diri Ini Adalah Bakal Ibu,
Mendidik Generasi Seterusnya.

Diri Ini Bakal Kembali KepadaNya ,
Dihisab Dan Bertemu Penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu Bi Rabbikum?` “ Qaalu, Bala Syahidna” Adalah Pertanyaan
Allah S.W.T. Dan Janji Kita Sebelum Dilahirkan Di Dunia; Berdasarkan Firman Allah:
Dan (Ingatlah Wahai Muhammad) Ketika Tuhanmu Mengeluarkan Zuriat Anak-Anak Adam (Turun-Temurun) Dari (Tulang) Belakang Mereka Dan Dia Jadikan Mereka Saksi Terhadap Diri Mereka Sendiri, (Sambil Dia Bertanya Dengan FirmanNya): Bukankah Aku Tuhan Kamu? Mereka Semua Menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan Kami), Kami Menjadi Saksi. Yang Demikian Supaya Kamu Tidak Berkata Pada Hari Kiamat Kelak: Sesungguhnya Kami Adalah Lalai (Tidak Diberi Peringatan) Tentang (Hakikat Tauhid) Ini.
~Surah Al-A'raf, Ayat 172~





~sabar itu indah,semoga hati ini hanya untuk allah~



29 April 2011

Berubah sekarang,jangan tangguh2..


Masalah yang banyak menimpa muslimah aktivis dakwah sekarang, terlalu mudah bermain dengan soal hati..soal hati yang melibatkan perasaan kepada muslimin..Mengapa ya? adakah kita tidak boleh hidup tanpa memikirkan soal ini? bukan mahu menolak fitrah sebagai seorang manusia,yg mahu mempunyai pasangan dan keluarga...tetapi,ada tugas lain yang lebih penting perlu di fikirkan...kalau di fikir dan di hayati, keadaan muslimah2 di negara2 bergolak sangat jauh bezanya berbanding kita..Mengapa kita tidak mencontohi mereka? 

Muslimah aktivis dakwah sekarang tidak sama dengan dahulu..Kalau dahulu, selepas graduate kebiasaannya terus ada muslimin yang masuk meminang,kemudian dapat anak dan jadi surirumah..sekarang,keadaaannya sangat2 berbeza...kita perlu berubah,tidak harus lagi berfikiran untuk menjadi seperti itu saja..pasakkan matlamat dalam diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih advance yg mampu memberi sesuatu pada islam dan ummah...think out of the box and think of the future..


Muslimah pejuang2 agama semua, bekalkanlah diri dengan ilmu dan persediaan yang rapi..andai kata suatu hari nanti Malaysia turut bergolak seperti negara Palestin,biarlah kita turut bersama barisan pejuang yang lain di medan perang demi memelihara maruah dan agama tercinta..Kalau kita tidak berubah sekarang dan mempersiapkan diri sekarang,bila lagi??Jangan terlalu yakin bahawa kita akan berada dalam keadaan selesa seperti ini selama-lamanya..Kalau semua muslimah lemah,asyik duk pikir soal remeh temeh,layan perasaan,nangis2,camne nak lawan musuh2 islam yang sentiasa memikirkan cara untuk melumpuhkan kita??

Bangun semua muslimah!!bangun2!!! jangan lemah2 lagi..persiapkan diri,pasakkan tekad di hati..."aku nak berjuang untuk islam..aku mesti sedia dari sekarang!!" Berubah sekarang,jgn tangguh2...Pedulikan perkara2 remeh yang ada di depan mata...fokus kepada matlamat... jadilah bidadari besi..bukan bidadari 'basi'...




p/s : peringatan buat diri sendiri terutamanya,,,pesanan dan nasihat daripada seorang kakak senior semalam sangat2 menyentuh hati....semoga kita kuat untuk menjadi seorang muslimah yang x gentar dan x takut pada sebarang gertakan dan ancaman musuh2 islam..takbir!!

18 April 2011

Hati sakit??



Kalau kita demam,selesema ataupun sakit-sakit yang lain mesti kita akan pergi jumpa doktor..kemudian doktor akan beri ubat untuk kita makan..insyaAllah dengan izin Allah kita pun sihat daripada penyakit tadi...Tapi bagaimana kalau kita terkena penyakit hati ek???? ade sape2 tau??
http://www.emocutez.com




Hati adalah raja bagi tubuh badan kita...umpama enjin yang mengawal kenderaannya..jika rosak enjinnya,maka punahlah segala2nya...Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Begitu besar peranan hati..


Dalam kitab Ihya Ulumuddin,Imam A-Ghazali ada membincangkan mengenai tanda-tanda penyakit hati.


1) Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Maksudnya di sini, orang itu memiliki ilmu yang tinggi,tetapi ilmu itu langsung tidak menjadikan dirinya dekat dan semakin bertaqwa kepada Allah.Jika dia mempunyai banyak ilmu,tetapi masih tidak mempunyai rasa taqwa kepada Allah,maka sesungguhnya dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat.


2) Hati yang tidak khusyuk. Segala ibadah yang di lakukan langsung tidak mampu di hayatinya. Ibadah yang di kerjakan langsung tidak mempengaruhi tingkah lakunya. Dan untuk mengenalpasti bahawa hati kita sedang sakit adalah mata yang sukar untuk menangis. 


http://www.emocutez.com


3) Memiliki nafsu yang tidak pernah puas. Sering merasa dengki,dendam apabila melihat orang lain melebihi dirinya.


4) Doanya tidak akan di angkat dan di dengari oleh Allah.


Jika ada tanda-tanda tersebut pada hati kita,cepat-cepatlah cari penawar sebelum ia menjadi mati..kerana orang yang mati hatinya sudah tidak berguna lagi.Dan penyelesaiannya tidak lain tidak bukan hanya dengan mengembalikan semula hati kita kepada Allah...insyaAllah pasti hati itu akan kembali normal.wallahu'alam... http://www.emocutez.com






~sabar itu indah ~semoga hati ini hanya untuk Allah~

13 April 2011




La tahzan..=)


Hujan itu bagai memahami hati,
Terus menerus turun tanpa henti,
Seakan mengalunkan melodi yang mengusik hati,
Menggetar sanubari, menggamit memori,
Aku lantas tunduk termenung sepi,
Mengenang nasib yang menimpa diri.

Deraian hujan seiring deraian air mata,
Payahnya di rasa ujian yang menimpa,
Menggugat hati dan keimanan di jiwa,
Aku telah tewas dalam keasyikan dunia,
Lantas doa dihampar ketika sujud  agar kekuatan itu kembali terbina.

Hujan masih turun membasahi bumi,
Dan aku teguh berdiri dan sujud mengahadap Ilahi,
Meluahkan segala isi hati,
Meminta untuk di kasihi,
Merayu belas simpati.

Ujian ini tarbiyyah dari Allah,
Supaya aku menjadi semakin tabah,
Supaya aku mulakan langkah untuk berubah,
Bukan terus terusan menjadi lemah.

Ini tanda kasih dari Dia,
Damailah hati dalam pelukan kasihNya,
Sabarlah jiwa dalam belaian tarbiyyahNya,
Tenanglah nurani dalam kucupan cintaNya.


Yakin,selepas hujan pasti akan cerah semula..^_^



~sabar itu indah ~semoga hati ini hanya untuk Allah~




08 April 2011

Tertutup vs Terbuka


Alhamdulillah,Allah bagi ilham hari ni untuk menconteng blog ni walaupun sedang busy dengan assignment yang bertimbun2...ilham ni datang sebab mata ni dah tak tahan sangat tengok keadaan sekeliling...keadaan sahabat2 perempuan yang ada,cara berpakaian mereka langsung tak menunjukkan ciri2 seorang wanita islam...

Pilih salah satu antara dua bg setiap pilihan tersebut:
1) Makanan yang terdedah atas meja / makanan yang tertutup
2) Perhiasan yang terdedah,mudah disentuh sape2 je / perhiasan yang tersimpan rapi di dalam almari kaca


mana agaknya pilihan kita ye??emmm....


Maksud yang mudah bagi kedua2 analogi tersebut, yang terdedah itu ibarat wanita yang tidak menjaga auratnya,membiarkan saja auratnya terdedah,menunjukkan susuk tubuh,bentuk badan yang mengghairahkan..yang tertutup itu pula ibarat wanita yang menjaga penampilannya, aurat di pelihara, x di biarkan walau seinci pun tubuhnya terdedah menjadi tatapan mata lelaki.

Agak2nya la kita lebih prefer untuk jadi yang mana? tanya iman,tanya hati...^_^

wanita, berbaloikah anda jika menunjukkan bentuk badanmu,membuka auratmu menjadi tatapan lelaki?? 


antara jawapan2 wanita apabila di tanya :
1) eh,saya tutup aurat la ni..pakai tudung ape...baju lengan panjang..ok la tu..nak cmne lg?(tapi ketat)
2) berbaloi siot...aku mmg saje tayang body ni..ramai lelaki ngorat aku...seronok!!
3) alah..ape la sgt...setakat diorg tgk,xluak pun..lagipun body i cantik,kene la tunjuk..
4) hei sis,kalau dah Allah bg body cantik,tunjuk jela..(pandai pulak kaitkan dgn Allah...ish2)
5) emak saya ckp harus pakai camni..supaya lelaki tertarik..nanti boleh la dpat suami cepat2..
6) berbaloi sgt2...pakwe i suke...die cakap kalau i x pakai ape2 lg cantik..
7) dulu saya pakai tudung,baju longgar2 je...tp pakwe saya suruh sy bukak tudung dan pakai baju ketat2 dan seksi...mula2 mmg kekok,lame2 ok je..dan skrg lepas penampilan saya cmni die makin sayang kat saya...kami bahagia....


mesti pernah kan dengar org bagi jawapan camni...naudzubillah...mintak2 kita d jauhkan...kalau anda sendiri yang membaca post ni,ape agaknya jawapan anda? ada x macam jawapan kat atas? adakah memakai hijab dan menutup aurat tu menunjukkan si pemakai itu jumud dan juga tertutup pemikirannya??!  apakah dengan memakai pakaian yang terdedah,ketat dan  bergaya menunjukkan si pemakai 'maju' dan open minded?? alangkah malangnya manusia yang berfikiran sedemikian...mana letaknya akal yang Allah berikan? kalau lelaki,agaknya yang mana akan di pilih untuk menjadi isterinya kelak? yang tertutup atau yang terbuka??cuba hayati firman Allah dalam surah an-nur ayat 31..

31.  Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.



amatlah rugi bagi mereka yang mendengarkan perintah Allah tetapi tidak melaksanakannya...bukannya tidak tahu tapi buat2 tak tahu...bukannya tak pernah dengar,tapi buat2 tak pernah dengar...biar kita buta mata,tapi jangan buta hati..kalau masih belum faham tentang aurat, tanya la pada sahabat2 yang faham dan di percayai..atau tanya direct pada ustaz atau ustazah...ingat, ajal boleh datang bila2 masa je...bimbang kalau kita tak sempat bertaubat....semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan juga mereka2 yang masih belum faham...amin...




02 April 2011

(T_T)







Kpd siapa lg nak ku luahkan jika bukan pd ALlah,

Shbt dtg di wktu senang,pergi bila susah,

Segalanya terasa sangat lah payah,

Hingga merasa letih dan lelah,

Tiada berdaya lagi kaki ini melangkah,

Mengharungi segala ujian dan mehnah,

KepadaMu aku tunduk dan berserah,

Lenyapkan dunia ini dari fikiranku ya Allah..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...