Kalau kita demam,selesema ataupun sakit-sakit yang lain mesti kita akan pergi jumpa doktor..kemudian doktor akan beri ubat untuk kita makan..insyaAllah dengan izin Allah kita pun sihat daripada penyakit tadi...Tapi bagaimana kalau kita terkena penyakit hati ek???? ade sape2 tau??

Hati adalah raja bagi tubuh badan kita...umpama enjin yang mengawal kenderaannya..jika rosak enjinnya,maka punahlah segala2nya...Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Begitu besar peranan hati..
Dalam kitab Ihya Ulumuddin,Imam A-Ghazali ada membincangkan mengenai tanda-tanda penyakit hati.
1) Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Maksudnya di sini, orang itu memiliki ilmu yang tinggi,tetapi ilmu itu langsung tidak menjadikan dirinya dekat dan semakin bertaqwa kepada Allah.Jika dia mempunyai banyak ilmu,tetapi masih tidak mempunyai rasa taqwa kepada Allah,maka sesungguhnya dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat.
2) Hati yang tidak khusyuk. Segala ibadah yang di lakukan langsung tidak mampu di hayatinya. Ibadah yang di kerjakan langsung tidak mempengaruhi tingkah lakunya. Dan untuk mengenalpasti bahawa hati kita sedang sakit adalah mata yang sukar untuk menangis.

3) Memiliki nafsu yang tidak pernah puas. Sering merasa dengki,dendam apabila melihat orang lain melebihi dirinya.
4) Doanya tidak akan di angkat dan di dengari oleh Allah.
Jika ada tanda-tanda tersebut pada hati kita,cepat-cepatlah cari penawar sebelum ia menjadi mati..kerana orang yang mati hatinya sudah tidak berguna lagi.Dan penyelesaiannya tidak lain tidak bukan hanya dengan mengembalikan semula hati kita kepada Allah...insyaAllah pasti hati itu akan kembali normal.wallahu'alam...

~sabar itu indah ~semoga hati ini hanya untuk Allah~
No comments:
Post a Comment
Your comments