Daisypath Graduation tickers

Daisypath Graduation tickers

29 April 2011

Berubah sekarang,jangan tangguh2..


Masalah yang banyak menimpa muslimah aktivis dakwah sekarang, terlalu mudah bermain dengan soal hati..soal hati yang melibatkan perasaan kepada muslimin..Mengapa ya? adakah kita tidak boleh hidup tanpa memikirkan soal ini? bukan mahu menolak fitrah sebagai seorang manusia,yg mahu mempunyai pasangan dan keluarga...tetapi,ada tugas lain yang lebih penting perlu di fikirkan...kalau di fikir dan di hayati, keadaan muslimah2 di negara2 bergolak sangat jauh bezanya berbanding kita..Mengapa kita tidak mencontohi mereka? 

Muslimah aktivis dakwah sekarang tidak sama dengan dahulu..Kalau dahulu, selepas graduate kebiasaannya terus ada muslimin yang masuk meminang,kemudian dapat anak dan jadi surirumah..sekarang,keadaaannya sangat2 berbeza...kita perlu berubah,tidak harus lagi berfikiran untuk menjadi seperti itu saja..pasakkan matlamat dalam diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih advance yg mampu memberi sesuatu pada islam dan ummah...think out of the box and think of the future..


Muslimah pejuang2 agama semua, bekalkanlah diri dengan ilmu dan persediaan yang rapi..andai kata suatu hari nanti Malaysia turut bergolak seperti negara Palestin,biarlah kita turut bersama barisan pejuang yang lain di medan perang demi memelihara maruah dan agama tercinta..Kalau kita tidak berubah sekarang dan mempersiapkan diri sekarang,bila lagi??Jangan terlalu yakin bahawa kita akan berada dalam keadaan selesa seperti ini selama-lamanya..Kalau semua muslimah lemah,asyik duk pikir soal remeh temeh,layan perasaan,nangis2,camne nak lawan musuh2 islam yang sentiasa memikirkan cara untuk melumpuhkan kita??

Bangun semua muslimah!!bangun2!!! jangan lemah2 lagi..persiapkan diri,pasakkan tekad di hati..."aku nak berjuang untuk islam..aku mesti sedia dari sekarang!!" Berubah sekarang,jgn tangguh2...Pedulikan perkara2 remeh yang ada di depan mata...fokus kepada matlamat... jadilah bidadari besi..bukan bidadari 'basi'...




p/s : peringatan buat diri sendiri terutamanya,,,pesanan dan nasihat daripada seorang kakak senior semalam sangat2 menyentuh hati....semoga kita kuat untuk menjadi seorang muslimah yang x gentar dan x takut pada sebarang gertakan dan ancaman musuh2 islam..takbir!!

No comments:

Post a Comment

Your comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...