Andai sudah tiba masanya untuk memikirkan mengenai insan yang bakal menjadi imam buat diri dan anak2,berikanlah penekanan dalam aspek2 berikut untuk mencari si bakal suami.
1-Kuat agamanya. Walau sesibuk mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Terutama sekali solat berjemaah. Luaspengetahuan agamanya dan diyakini dia mampu membimbing keluarga menuju redha Allah.
2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah. Tidak pernah melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang islam.
4-Amanah melaksanakan segala amanah yang diberi dengan baik walaupun amanah itu hanya seringan biji sawi.
5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak dan di belanjakan hanya untuk tujuan kebaikan.
6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai.
7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas. Batas antara lelaki dan wanita di patuhi dan ikhtilat juga di jaga.
8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Tidak bergaul dengan orang yang tidak tentu hala hidup dan buruk akhlaknya.
9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedangkan dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Kerana dari hati yang suci dan bersih, segala kebaikan akan terpancar melalui perbuatan.
suami yang soleh apabila digandingkan dengan isteri yang solehah pasti nikmat dan bunga-bunga cinta dalam perkahwinan itu akan sentiasa berkekalan..berkat dari kasih dan redha Tuhan...sebelum memilih untuk memiliki pasangan yang soleh,solehahkan dirimu terlebih dahulu.^_^
No comments:
Post a Comment
Your comments