Thanks a lot my brother, who always guide me to be a good human.
Satu pagi abang saya mengajak saya ke satu tempat. katanya tempat tu sangat tenang dan dapat menenangkan hati saya yang sedang kusut waktu tu...dalam fikiran saya,mungkin dia akan membawa saya ke tepi tasik..dalam beberapa minit menaiki kereta kami pun sampai ke tanah perkuburan presint 7 kalau x silap saya. saya pun xingat sangat di presint berapa..tergamam saya bila dia bawak saya ke situ..hampir mengalir air mata ni...rasa gerun dan takut semua ada..sangat2 x sangka yang ini la tempat yang dikatakan boleh beri ketenangan tu...dia bawak saya masuk ke kawasan perkuburan tersebut...pertama kali melangkah ke situ, rasa sayup sangat hati ni...satu perasaan yang sangat lain(xboleh nak gambarkan cmne) menerpa.
saya masih ingat kata-kata dia,"satu hari nanti,inilah tempat kita" saya terdiam mendengar segala kata2 dan nasihat yang di lontarkan dari lidahnya...mengingatkan diri saya pada kematian..memotivasikan diri saya yang sedang kelemahan....andai diriku yang berada dalam kubur itu sekarang, bagaimana agaknya keadaanku?? selama ni terlalu banyak memikirkan dunia,menangisi dunia hinggakan lupa pada asal-usul diri sendiri..pernah terdengar kisah seorang ayah yang soleh sentiasa membawa anak-anaknya menziarahi kubur untuk mengingatkan anak-anaknya pada kematian..agar berasa gentar dan gerun dengan janji Tuhan bagi manusia yang tidak beriman...kini, abang saya pula yang mempraktikkannya..inilah yang seharusnya dilakukan oleh setiap individu..bukannya hanya melawat perkuburan sewaktu hari perayaan...
setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. selepas itu hati ni pun terfikir,mengapa perlu berlemah-lemahan dalam menjalani ujian hidup sedangkan hidup ni hanyalah seketika...andai mati dalam keadaan iman yang lemah, di mana agaknya tempat kita di sana nanti? hati perlu kuat,jiwa perlu kental...syukur alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakan aku seorang abang yang sangat penyayang dan soleh..semoga dia sentiasa beroleh rahmat daripadaMU..dan terima kasih ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di atas muka bumiMU ini,untuk aku mengutip segala bekalan2 yang boleh di bawa sepanjang perjalanan ke destinasi menuju redhaMU...
ingat mati, hati jadi tenteram...
hiba rasa ,sayu dan suram....
tiada lagi dengki dan dendam...
lupa segala wang dan saham...
lupa semua banglo dan rumah agam..
tiada sudah manusia yang kejam...
semua sujud menghadap Tuhan...
tapi,manusia itu buta...
walau di beri peringatan tetap leka...
lalai dan lagha mengejar dunia...
bagai dunia dia yang punya...
hingga lupa pada asalnya...
hidup hanya suka-suka...
di beri peringatan tentang kematian masih mampu ketawa.....
tidak gerunkah dengan azab yang Esa??
ayuh sahabat muhasabah diri...
jangan nanti kita yang rugi...
hidup di dunia hanya sekali...
akhirat sana kekal abadi...
~'Asyiqah Sajidah~
menusuk hati. Tahniah atas bahasa yang mudah dan telus :)
ReplyDelete