Wahai muslimahku sayang...mengapa kau biarkan air matamu mengalir kerana insan yang belum halal buatmu....mengapa kau biarkan hati dan jiwamu melayang memikirkan insan yang yang belum suci bagimu...alangkah lebih indah jika kau hiaskan hatimu itu dengan cinta dari Tuhan, sulamkan ia dengan rindu kepada Tuhan dan baluti ia dengan rasa taqwa kepada Tuhan...kerana hanya kepada Dia engkau kembali...Benar, cinta Tuhan tidak melalaikan,tidak mengecewakan...raihlah cintanya yang tiada sempadan dan titik pengakhiran.
Bangunlah wahai muslimahku sayang...kuatkan azam dan tekad...jangan biarkan benteng dan tembok yang memelihara iman dan taqwamu itu roboh...kukuhkan ia...muslimah tidak lembik dek perkara yang sia-sia...engkau lah muslimah harapan agama...muslimah yang beriman dan bertaqwa akan tetap kuat dulu,kini dan selama-lamanya...=)
Muslimah sejati bagaikan bunga
Harum di taman mekar di jambangan
Wangi ditangan, wangi ditangan..
Muslimah sejati seorang serikandi
Bagaikan Fatimah Az-Zahra’
Yang mejadi lambang cinta suaminya
Menjadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran…
Muslimah sejati bagaikan Mariam
Yang suci dari segala sentuhan
Yang bersih dari kesilapan
Lantasku hirup kesegaran iman
Yang di dambakan setiap insan..
Muslimah sejati..
Seorang teman..
Seorang isteri..
Seorang serikandi..
Setianya pada suami..
Dan jua pada Ilahi..
No comments:
Post a Comment
Your comments